Monday, November 28, 2016

MAHA 2016

Salam hormat,

MAHA 2016 akan bermula pada 01hb Disember, 2016.  Majlis pra pelancaranya telah disempurnakan oleh YB Menteri Pertanian Malaysia pada 25hb March lalu.





Kita semua mengetahui banyak perkara dan aktiviti akan dipamerkan di sana nanti dalam tempoh 01hb -11hb Disember, 2016

Sebagai pengusaha projek lembu pedaging, anda seharusnya memberikan sedikit tumpuan, khususnya bagaimana MAHA kali ini mampu memberikan kesan kepada bidangusaha yang anda sedang jalankan. Jika tidak MAHA akan datang dan pergi, pulangan daripada peternakan lembu pedaging yang anda sedang jalankan masih di tahap lama.

Mulai sekarang, fikirkan di mana kelemahan projek anda. Apa penyelesaian yang diperlukan. Siapa yang boleh membantu anda dan sebagainya. Sebelum ke sana sediakan satu perancangan dan check-list perkara atau aktiviti yang ada perlu lihat. Senaraikan juga para expert yang perlu anda jumpa. Dengan perancangan itu nanti , ia akan memandu anda ke lokasi atau di masa-masa tertentu apabila ke sana nanti dan bila MAHA berakhir ada akan dapat kesemua perkara/ilmu yang anda kehendaki untuk menambah-baik bidangusaha pertenakan lembu pedaging anda. insyaAllah anda akan lebih berjaya.


Fikir-fikirkan.


Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun

No comments:

Post a Comment