Saturday, April 11, 2015

TEKNOLOGI PERMANIAN BERADAS DAN PENGURUSAN MAKANAN YANG BAIK MAMPU TINGKATKAN PENDAPATAN

Salam hormat,

Penulisan saya yang baru lepas, bertarikh 7hb March, 2015 yang bertajuk PETERNAKAN LEMBU PEDAGING TAHUN 2020, ada kaitan dengan penulisan ini. Paparan kali ini mengambarkan pengalaman sebenar penternak tempatan, dalam penulisan ini penternak di jajahan Bachuk Kelantan.

Seorang daripada penternak yang saya baru saja lawati ini, sebelum menternak lembu pedaging sepenuh masa, beliau mengusahakan bengkel baikpulih kereta. Beliau kini menternak sepenuh masa kerana beliau dapati pendapatan daripada bidang ini lebih menguntungkan. Berdasarkan kepada pengalaman beliau, amat sesuai jika mahu bermula dengan 15 ekor induk baka tempatan atau kacukan. Beliau bermula dengan modal sebanyak RM30,000.00

Saya berpendapat anda boleh bermula dengan 10 ekor induk. Cuma apabila dapat hasil jualan anak lembu, perlulah dilaburkan semula dengan membeli induk atau lembu dara tambahan. Jika memperolehi anak lembu dara lebih murah. Cuma perlu diternak sedikit masa sebelum boleh dibiakkan.


                                 Penternak Lembu Pedaging Di Bachuk

Untuk mendapatkan anak-anak lembu, tak kira jantan atau pun betina, yang mahal harganya anda perlulah ada induk kacukan Charolais ( darah Charolais hampir 75%) atau pun kachukan Limousine ( darah Limousine hampir 75%). Ini bermakna induk yang akan anda gunakan ialah daripada F2 (generasi ke 2 dan ke atas). Anda boleh mendapatkan baka ini hanya dengan mengahwenakan lembu anda secara berterusan dengan baka yang sama. Ini semua boleh anda capai dalam tempoh 5 ke 7 tahun. Pengalaman di Bachuk mendapati baka pejantan (semen) yang paling sesuai ialah baka Charolais atau Limaosine.


                                    Induk Kacukan Charolais (F1)

Anak yang baru lahir (gambar diatas ) mampu dijual dengan harga RM2,000.00 seekor. Anak-anak lembu kacukan ini ( gambar di bawah) telah diminta oleh pembeli dengan harga RM5,000.00 seekor.


                                   Anak-Anak kacukan Charolais (F2)


                         Berumur Setahun setengah pada harga RM6,000.00

Sungguh pun nampak mudah dan lumayan, anda perlu memberikan satu taraf penjagaan yang tinggi, khususnya pemberian makanan. Tanpa gandingan pengurusan yang terbaik anda tidak akan mendapat anak-anak yang boleh dijual dengan harga yang lumayan. Jika pengusaha di Bachuk ini boleh, saya yakain anda juga boleh. Cuma memerlukan satu tahap kesabaran dan terus menimba pengalaman dan ilmu yang berkaitan.


                                Rumput yang di Cut-And-Carry


                                             Jerami Jagung

Ada juga pengusaha yang menyimpan dan memelihara anak-anak kacukan yang berharga ini sepenuh masa di dalam kandang. Beef Cattle pallet turut diberikan bagi meningkatkan kualiti makanan. Sungguh pun makanan ini mahal, tetapi pada pengalaman mereka berbaloi dan masih menguntungkan.


                                  Anak-Anak Yg Di Stall Feeding

Di peringkat JPV, sewajarnya menyediakan perkhidmatan permanian beradas yang berkualiti. Anda pengusaha juga boleh buat sendiri (DIY) permanian beradas setelah menjalani kursus berkenaan.


Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun