Monday, December 1, 2014

SISA PERTANIAN: POME ( TAHI MINYAK ) SEBAGAI MAKANAN LEMBU PEDAGING

Salam hormat,

Penulisan ini dan beberapa penulisan berikutnya akan memaparkan bahan makanan ternakan ruminan, yang merupakan sisa pertanian. Pertama sekali saya akan menunjukkan bahawa sisa kilang sawit, yang juga dikenali oleh penduduk tempatan sebagai tahi minyak, amat sesuai untuk dijadikan bahan utama makanan ternakan ruminan, khususnya ternakan lembu pedaging.

Perkataan POME adalah ringkasan Palm Oil Mill Effluent. Pastinya ia hanya dikeluarkan oleh kilang sawit sahaja, cuma bukan semua kilang yang menghasilkanya. Mutu POME ini sebagai bahan makanan ternakan ruminan setanding dengan daun kelapa sawit.

Apabila kita menyebut Palm Oil Mill ( kilang sawit ) sudah tentu kita semua ketahui di rancangan tanah FELDA ada terdapat banyak kilang tersebut. Tidak kurang juga di perladangan sawit milik swasta di negara kita.


                                     POME Di salah Sebuah Kilang Sawit

Apa yang penting ialah bagi penternak di kawasan FELDA dan yang berdekatan dengannya mengetahui adanya bahan ini serta kegunaan sisa kilang ini kepada bidang peternakan mereka. Setakat yang saya ketahui, tidak ramai pengusaha yang sedar mengenainya.

Satu fakta yang terpenting bagai pengusaha ternakan ialah: kos bahan ini terlalu murah dan ada kilang yang memberikannya secara percuma atau dibuang begitu sahaja. Pada tahun 2014 ini disekitaran daerah Bera dan Kuantan, Pahang hanganya ialah sekitaran RM13 - RM15 untuk satu tan.

Kaedah pemberian kepada ternakan lembu, satu daripadanya adalah seperti ditunjukkan di dalam gambar berikut.


                         POME Di Dalam Palong Makanan Dan Beratap

Ia boleh diberikan sebagai makanan utama atau pun tambahan. Misalnya di kawasan racangan tanah FELDA, sebelah siang lembu meraggut di ladang, manakala di sebelah petang dan malam memakan POME di kandang. Kandungan nutrien yang terdapat di dalam POME adalah seperti berikut:-


                       Kandungan POME Berbanding Dengan Daun Sawit

POME ini boleh dicampurkan dengan bahan makanan lain untuk menjadikan makanan tersebut sebagai Least Cost Ration dan mencukupi dari segi nutrien yang terdapat di dalam ransum tersebut. Misalnya, dengan menggunakan alat pembancuh simen (yang kecil) dicampurkan sedikit jagung hancur dan rumput dipotong halus atau pelepah sawit yang dirincih, kemudian digaul secukupnya menggunakan mesin tersebut, makan sebegini sesuai untuk lembu yang dibesarkan sepenuhnya secara berkandang atau feedlot. Kandungan ransum ini juga bergantung kepada harga dan sumber sisa pertanian yang ada dilokasi anda berada.

Skian, selamat mencuba.


Dr Azizol bin Mohd Sharun

12 comments:

  1. Bagaimana penjagaan tahi minyak supaya tidak berulat tuan? Tahi minyak kami berulat setelah 1 minggu dr tarikh pembelian. Ada solution tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh saye tanya bapa harga dan di mana nk dapatkan menda ni?please share..0197527133 eizam..tq

      Delete
    2. Membekal tahi minyak,penghantaran sekitar terengganu,perak kedah dan perlis.

      Delete
  2. Di mana saya bole beli Palm sludge cake dlm kuantiti yg sedikit

    ReplyDelete
  3. saya berminat untuk mencuba palm sludge ini untuk makanan lembu saya. hubungi saya untuk bekalkan Pam sludge dgn kuantiti 3 tan sebulan. tq
    0197527133 eizam

    ReplyDelete
  4. Sedia membekal tahi minyak,cover sekitar perak,kedah dan perlis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya hendak beli tahik minyak kelapa sawit plase wassap 0111480126

      Delete
    2. Wasap nak beli jgk POME ni 0194312478

      Delete
  5. Saya hendak beli tahik minyak kelapa sawit plase wassap 019-4983753

    ReplyDelete
  6. Saya nak beli pome, wasap saya 013-5035516

    ReplyDelete