Salam hormat,
Melihat Kembali semua penulisan saya di dalam blog peternakan lembu pedaging ini, saya dapati ada beberapa perkara penting yang mungkin perlu saya berikan pencerahan semula. Keperluan ini juga timbul disebabkan kebelakangan ini timbul isu keloh kesah dikalangan pengusaha ruminan disebabkan kos makanan tambahan, khususnya yang berbentuk pallet, yang terus meningkat tinggi.
Risiko seperti yang dinyatakan
di atas, kenaikan harga pallet, bukankah sesuatu yang misti ditiadakan. Apa pun
aktiviti kita di dunia ini ada risikonya. Mungkin boleh diperkecilkan risiko
sedemikian agar bidangusaha kita terus beroleh keberuntungan. Bagaimankah
caranya?
Untuk mengupas persoalan ini,
saya teringat semasa saya melanjutkan pelajaran ke Australia dahulu. Satu
perkara penting yang saya pelajari, bagaiman hasil peternakan di negara
tersebut mampu di kelurkan dengan harga yang paling kompetitif di dunia.
Pemikiran mereka begini:-
“Sumber apa yang semula jadi dan terdapat
dengan
banyak di lokasi mereka, kemudian mereka
padaankaan
dengan ternakan yang sesuai untuk
diternak untuk
menggunakan bahan atau sumber semula jadi
tersebut
secara optimum ”
Gambaran padang raggut semul jadi sekitar Perth, Australia Ternakan kambing mereka dapati paling sesuai diternak
Dengan perkataan yang mudah, mereka membawa ternakan masuk ke kawasan yang sudah tersedia makanan dengan banyak dan hampir ada sepanjang tahun.
Di Malaysia kita tidak
berfikiran begitu, bahkan sebaliknya. Maksud saya ramai pengusaha memilih
penternakan yang mereka hendak buat dahulu kemudian baharu memikirkan dan
mencari bahan makanan yang sesuai untuk penternakn tersebut. Pendekatan ini
akhirmya menimbulkan pelbagai masaalah dan cabaran yang kadangkala rumit untuk
diselesaikan.
Untuk menjaga kos pengeluaran
ke tahap yang paling minimum, bermakna untuk memberi pulangan yang optimum,
pendekatan atau strategi yang digunapakai di Australia itu lah yang paling
sesuai.
Ini bermakna, misalnya, jika anda anak seorang peneroka FELDA yang ada kawasan seluas 10 ekar ladang kelapa sawit, maka bolehlah anda memikirkan bidang peternakan ruminan yang sesuai untuk menggunakan kawasan rumpai di ladang sawit berkenaan. Ini termasuk menggunakan daun sawit yang begitu banyak dan percuma. Sehubungan dengan perkara ini juga, kita harus ingat bahawa kambing dan lembu, termasuk juga kerbau, adalah merupakan ternakan yang diklasifikasikan sebagai ruminan. Secara semula jadinya ruminan adalah pemakan dan penghadam serat tanaman. Makanan tambahan, selain daripada garam galian,adalah tidak diperlukan
Menternak kambing di ladang kelapa sawit
Ramai bakal pengusaha hari ini,
apabila disebut sahaja menternak lembu atau pun kambing, secara spontan mereka
terbayang akan keperluan untuk mengadakan makanan yang berbentuk pallet. Tidak
perlu sebenarnya. Saya yakin dengan menghadiri kursus tertentu sebelum
menternak, anjuran JPV misalnya, akan dapat meleraikan perkara ini.
Seterusnya, perlu diingtkan
sekali lagi bahawa, di dalam system peternakan ruminan, kos makanan merangkumi
sehingga 70% kos pengeluaran. Bermakna jika anda boleh jimat kos makanan, maka
beruntunglah bidangusaha anda.
Perhatikan juga sisa-sisa
pertanian saperti sisa kilang nenas, sisa kilang minyak sawit, sisa kilang gula(
morlases), jerami padi, hampas kacang soya dan juga palm kernel expeller(PKE).
Pendekatan yang saya sebutkan
ini tidak bermakna jika anda ada kawsan yang kosong dan boleh ditanah dengan
rumput yang sesuai untuk ternakan, anda tidak digalakan menternak. Boleh
sahaja, cumanya pulangan bidangusaha anda akan jauh lebih rendah dan berdepan
dengan banyak masaalah yang tidak menentu di masa mendatang.
Sekian,
Dr Azizol bin Mohd Sharun(DVM,
MAgrS)