Saturday, March 7, 2015

PTERNAKAN LEMBU PEDAGING TAHUN 2020

Salam hormat,

Saya berharap kita para usahawan penternakan sedar dan tahu bahawa pada tahun 2020 adalah meruapakan tahun penentu sama ada kita berjaya membangun dan berada di dalam kumpulan rakyat berpendapatan tinggi atau pun tercicir daripada arus pembangunan negara.

Tercapai atau pun tidak sasaran tersebut semuanya terletak di dalam tangan atau pada diri anda sendiri ( peranan dan tanggungjawab anda penternak sendiri ). Tiada siapa pun yang akan berusaha untuk anda, kecuali anda sendiri.

Jadi apa yang perlu anda buat mulai sekarang?

Anda boleh bergerak ke hadapan dengan berpandukan kepada strategi yang saya akan ketengahkan, pada penulisan kali ini.

Seorang penternak lembu pedaginag yang menternak 10 ekor induk baka tempatan atau pun kacukan tempatan, boleh mencapai sasaran pendapatan antara RM4,000.00 ke RM5,000.00 sebulan (pendapatan kasar) dengan melakukan perkara-perkara berikut:-

1. Gunakan teknologi penyelarasan berahi (synchronization of oestrus) kepada semua induk lembu yang ada ( setelah penentuan kesesuaian untuk program dibuat oleh pakarnya),
2. Kawenkan kesemua lembu ini dengan menggunakan teknologi permanian beradas (AI),
3. Kawenkan lembu-lembu tersebut dengan baka seperti Limousine, atau Charolais atau Simental,
4. Kesemua anak atau pun yang sudah 2 tahun dijual kesemuanya.

Andaikan 8 daripada 10 ekor induk berjaya melahirkjan 8 ekor anak kacukan baka-baka atau salah satu daripada baka-baka yang saya senaraikan, bermakna tahun itu sahaja anda sudah boleh mendapat hasil RM16,000.00. Itu merupakan harga anak-anak yang baru lahir (RM2,000.00/ekor). Lapan belas bulan atau dua tahun kemudian, andaikan tiada kematian, nilai ternakan ini ialah RM( 7,000.00X8), iaitu RM56,000.00. Ini bermakna pendapatan bulanan pada tahun berkenaan ialah RM( 56,000.00/12 ), iaitu RM4,600.00.

Ulangi tindakan yang sama pada tahun-tahun berikutnya. Ingat, anda memerlukan sekurangnya 8 ekor anak kacukan setiap tahun bagi melayakkan anda mendapat pendapatan RM4,600/bulan. Lebih banyak induk dimasukkan kedalam program ini maka lebih banyak anak kacukan yang anda hasilkan, lebih tinggi pendapatan anda sebulan.

Mustahin? Lihat betul-betul dan fikirkan semula.

Harga jualan ternakan yang saya gunakan dalam pengiraan jumlah pendapatan (2 tahun kemudian setelah kelahiran ) telah berlaku pada hari ini. Maknanya jika anda bermula pada tahun ini (2015), pada tahun 2017 pendapatan bulan anda adalah sekitaran RM4,600.00 sebulan. Paling lewat untuk anda memulakan program pembiakbakaan seperti yang saya cadangakan ini ialah pada tahun 2017. Lewat daripada tahun tersebut, anda akan tercicir pada tahun 2020.

Jika anda menternak 15 ekor induk sekarang, untuk mendapatkan pendapatan RM4,600.00 sebulan mulai pada tahun 2017 adalah tidak mustahil.


Skian


Dr Azizol bin Mohd Sharun