Friday, December 26, 2014

JAKARTA BOGOR BANDUNG

Salam hormat,

Tempoh lawatan kumpulan kami ke Jakarta, Bogor dan Bandung ialah 5 hari dan 4 malam. Kami tiba di Jakarta kira-kira jam 7.45 malam (waktu tempatan). Daripada lapangan terbang kami terus dibawa ke tempat makan dan seterusnya menginap di hotel yang telah disediakan. 

Semasa perjalanan kami diberi penerangan oleh pemandu plancung yang banyak cerita dan beliau sempat menyentuh harga lembu daging untuk sembelih di kota Jakarta. Menurut beliau lagi, harga lembu pedaging adalah dua ke tiga kali ganda harga lembu yang sama di Malaysia. Jika di tempat kita seekor lembu jantan yang berharga RM2,500.00 seekor( 200 Kg berat badan) di Jakarta hanganya mencecah RM7,000.00 seekor. Faktor permintaan yang terlalu tinggi menyebabkan harga turut tinggi. Bandar raya Jakarta ada kira-kira 11 juta penduduk.

Lawatan kerja telah diaturkan pada hari ke-dua dan ke-empat lawatan. Hari kedua melibatkan lawatan ke sebuah projek tenusu di Puncak dan hari ke-empat lawatan ke projek penghasilan air mani beku dan permanian beradas lembu di Lembang.

Satu masaalah besar di Kota Jakarta ini ialah trafik jem (macet) yang terlalu teruk, tambahan pula dihujung minggu di mana penduduk Jakarta bercuti (berlibur) ke Puncak dan Bandung.

                                    Kesesakan yang Amat Sangat

Perjalanan ke Puncak juga diaturkan waktunya, bagi mengelakkan kesesakan. Jam 9.00 pagi semua jalan untuk naik ke Puncak sahaja. Sama seperti naik ke Bukit Frazer satu ketika dahulu. Jadi kami sampai sedikit awal dan terpaksa menunggu di sebuah R&R.


                             Pemandangan Dari Kawasan Rehat

Puncak, dimana terletaknya projek tenusu yang kami lawati, beriklim sederhana sama seperti Cameron Highland. Anggaran saya ketinggian Puncak daripada paras laut menyamai C. Highland. Terdapat banyak ladang teh juga disini.


                            Pemandangan Dari Sebuah Tempat Rehat

Projek tenusu yang kami lawati adalah berskala sederhana besarnya. Ladang ini menternak 200 ekor lembu tenusu dimana kira-kira 90 ekor menghasilkan susu pada satu satu masa. Baka Friesian Holstein digunakan di peorjek ini. Ada 3 ekor pengeluar susu tertinggi sebanyak 40 liter susu sehari dan ladang ini menghasilkan kira-kira 1,500 liter susu sehari.

                           Baka Holstein Friesian & Keadaan Kandang

Dari sudut pengurusan, mereka mementingkan makanan yang mencukupi dan seimbang mengikut kadar penghasilan susu ternakan berkenaan. Selain daripada makanan hijau ( rumput, batang jagung ) dedak lembu yang digaul sendiri turut diberikan. Anak-anak lembu diternak di dalam kandang-kandang kecil, oleh kerana kawasan yang terhad. Anak jantan dijual kepada pengusaha yang menjalankan aktiviti feedloting dan dijual atau sembelih untuk menghasilkan daging. Anak-anak betina yang mana ibunya menghasilkan susu yang tinggi diternak sebagai lembu peganti.

Pembiakbakaan disini 100% menggunakan permanian beradas. Air mani ( semen ) dibeli daripada Balai Inserminasi Buatan (BIB) Lembang. Kaedah pembiakkan menggunakan permanian beradas ini dapat mengurangkan kos dan ruang menternak. Semen yang digunakan disini adalah yang telah ditentukan jantina anak yang akan dilahirkan (sexed semen). Walau pun bidangusaha tenusu, dengan menggunakan teknologi sexed semen ini, bidangusaha ini juga digunakan untuk pengeluaran lembu pedaging dengan menggunakan semen untuk anak-anak jantan.

Selain daripada mnjual susu mentah ke Kooperasi dan kilang memproses susu, pengusaha juga menjual susu berperisa dan yogurt. Oleh kerana ramai para pelancung yang mengunjungi projek ini, pengusaha menjual susu dan produk susu kepada plancung, seperti kumpulan kami. Demikianlah menurut taklimat yang diberikan kepada kami oleh anak pengusaha yang menguruskan projek ini dan beliau juga adalah seorang doktor veterinar.


                                        Mendengar taklimat

Pada hari ke empat, kami bertolak daripada Bandung menuju Jakarta dan singah di Lembang untuk melawat pusat permanian beradas yang lebih dikenali penduduk setempat sebagai Balai Inserminasi Buatan Lembang.


                                             BIB Lembang


Di sini kami ditunjukkan proses menghasilkan air mani beku (semen) untuk lembu pedaging. Baka pejantan yang menghasilkan air mani ini termasuklah Brahman, Simental dan Limousine. Semen baka tempatan juga turut dihasilkan.


                             Penyimpanan Semen Yang Telah Diproses

                                   Gambaran Di Dalam Tangki

                                       Pengurusan Pejantan


                                    Pemotongan & Penjagaan Kuku

Setelah pemungutan air mani dilakukan, pejantan direhatkan dikawasan yang dibina khas. Pejantan diexsersaiskan semasa di petak berkenaan.

                                           Petak Exersise

Dari sudut teknik penghaslan air mani beku, sama seperti yang dilakukan di Institiut Biodiversiti Kebangsaan di Jerantut Pahang. Cumanya mereka di Lembang ini telah berjaya menghasikan air mani (semen) mengikut jantina. Maknanya ada straw yang menghasilkan anak jantan dan ada straw yang menghasikan anak betina. Kadar ketepatan straw jantan atau pun betina dalam menghasikan anak mengikut jantina pada straw iala sekitaran 80%. Harga straw yang telah disexkan lebih mahal. Harga satu straw ini di Malaysia sekitaran RM50.00

Dengan adanya teknologi sexed semen ini membolehkan seseorang pengusaha merancang dan mengstrukturkan kumpulan ternakan masing-masing dengan lebih terkawal dan mampu memaksimakan pendapatan.




Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Monday, December 1, 2014

SISA PERTANIAN: POME ( TAHI MINYAK ) SEBAGAI MAKANAN LEMBU PEDAGING

Salam hormat,

Penulisan ini dan beberapa penulisan berikutnya akan memaparkan bahan makanan ternakan ruminan, yang merupakan sisa pertanian. Pertama sekali saya akan menunjukkan bahawa sisa kilang sawit, yang juga dikenali oleh penduduk tempatan sebagai tahi minyak, amat sesuai untuk dijadikan bahan utama makanan ternakan ruminan, khususnya ternakan lembu pedaging.

Perkataan POME adalah ringkasan Palm Oil Mill Effluent. Pastinya ia hanya dikeluarkan oleh kilang sawit sahaja, cuma bukan semua kilang yang menghasilkanya. Mutu POME ini sebagai bahan makanan ternakan ruminan setanding dengan daun kelapa sawit.

Apabila kita menyebut Palm Oil Mill ( kilang sawit ) sudah tentu kita semua ketahui di rancangan tanah FELDA ada terdapat banyak kilang tersebut. Tidak kurang juga di perladangan sawit milik swasta di negara kita.


                                     POME Di salah Sebuah Kilang Sawit

Apa yang penting ialah bagi penternak di kawasan FELDA dan yang berdekatan dengannya mengetahui adanya bahan ini serta kegunaan sisa kilang ini kepada bidang peternakan mereka. Setakat yang saya ketahui, tidak ramai pengusaha yang sedar mengenainya.

Satu fakta yang terpenting bagai pengusaha ternakan ialah: kos bahan ini terlalu murah dan ada kilang yang memberikannya secara percuma atau dibuang begitu sahaja. Pada tahun 2014 ini disekitaran daerah Bera dan Kuantan, Pahang hanganya ialah sekitaran RM13 - RM15 untuk satu tan.

Kaedah pemberian kepada ternakan lembu, satu daripadanya adalah seperti ditunjukkan di dalam gambar berikut.


                         POME Di Dalam Palong Makanan Dan Beratap

Ia boleh diberikan sebagai makanan utama atau pun tambahan. Misalnya di kawasan racangan tanah FELDA, sebelah siang lembu meraggut di ladang, manakala di sebelah petang dan malam memakan POME di kandang. Kandungan nutrien yang terdapat di dalam POME adalah seperti berikut:-


                       Kandungan POME Berbanding Dengan Daun Sawit

POME ini boleh dicampurkan dengan bahan makanan lain untuk menjadikan makanan tersebut sebagai Least Cost Ration dan mencukupi dari segi nutrien yang terdapat di dalam ransum tersebut. Misalnya, dengan menggunakan alat pembancuh simen (yang kecil) dicampurkan sedikit jagung hancur dan rumput dipotong halus atau pelepah sawit yang dirincih, kemudian digaul secukupnya menggunakan mesin tersebut, makan sebegini sesuai untuk lembu yang dibesarkan sepenuhnya secara berkandang atau feedlot. Kandungan ransum ini juga bergantung kepada harga dan sumber sisa pertanian yang ada dilokasi anda berada.

Skian, selamat mencuba.


Dr Azizol bin Mohd Sharun