Friday, November 21, 2014

PEMAKANAN LEMBU PEDAGING: DAUN POKOK BUAHAN DAN TANAMAN

Salam hormat,

Dari pengamatan saya bahagian ini adalah merupakan bahagian akhir berkaitan pemakanan lembu pedaging daripada pokok buahan dan tanaman. Kemungkinan ada di lokasi-lokasi tertentu terdapat jenis dedaun daripada kumpulan yang sama, yang tidak termasuk di dalam penulisan ini. Anda boleh memaklumkan kepada saya, untuk dimuatkan di dalam halaman yang akan datang.

Daun Pokok Buahan dan Tanaman: Bhg 4

Dedaun daripada pokok petai belalang, glyrecedia dan mengkudu adalah juga merupakan makanan ternakan lembu pedaging. Petai belalang, atau Ipil-Ipil adalah daripa jenis kekacang. Bermakna daun petai belalang apabila kita berikan kepada ternakan lembu selain daripada bahan makanan yang lain, ia adalah penyumbang nutrien protin.


Adalah amat digalakkan supaya para pengusaha ternakan lembu pedaging menanam pokok ini dipersekitaran kandang atau pun di kampung masing-masing. Saya perhatikan para pengusaha di Indonesia memang berusaha menanam ipil-ipil ini disekitaran kandang ternakan mereka.



Seterusnya dedaun Glyrecedia, juga daripada jinis kekacang. Bermakan ia menyumpanag zat protin kepada ternakan. Biasanya pokok ini dijadikan sebagai tiang pagar atau sebahagian daripadanya. Sebaiknya daun ini dilayukan untuk beberapa jam sebelum diberikan kepada ternakan.





Seterusnya dedauan yang sesuai untuk dijadikan makanan ternakan lembu ialah daun mengkudu. Ramai yang menanam pokok mengkudu ini untuk menghasilkan buahnya dan untuk dibuat jus. Jus mengkudua banyak khasiatnya.




Kandungan nutrien dedaun pokok tersebut adalah seperti di dalam jadual berikut:-





Skian


Dr Azizol bin Mohd Sharun